ÏÑGÏÑKÀÑ MÙTÏÀRÀ SÉLÀMÏLÀH LÀÙTÀÑ... ÏÑGÏNKÀÑ BÀHÀGÏÀ TÉMPÙHÏLÀH PÉNDÉRÏTÀÀÑ... ÏÑGÏNKÀÑ KÉJÀYÀÀÑ RÉLÀÏLÀH PÉÑGORBÀÑÀÑ... KÉTÀHÙÏLÀH BÀHÀWÀ SÉTÏÀP KÉPÀHÏTÀÑ ÏTÙ SÉBÉNÀRÑYÀ TÉRKÀÑDÙÑG SÉRÏBÙ KÉMÀNÏSÀÑ...


.:::WÃÑÌS.BLÔGDRÌVÊ.CÒM:::.

"Dalam kepayahan hati berbicara, Diri ini harus tabah dan bersedia, Menghadapi kemungkinan yang tiba, Kunjungnya kadangkala tiada diduga"







[NooRaWaNiS BiNti CHe ARiFeN]
[Wanis a.k.a JeSSiDa^]
[21 TaUN DaH..]
[KuaNTaN, PaHang DaRuL MaKMuR]
[25 SePTeMBeR 1984]
[MeChi StUdeNT]
[CoLLege Of EnGiNeeRinG UniTeN BanGi]
[Taski At-Taqwa|Assunta Convent|skolah Sultan Abu Bakar Kuantan-SABS-|UNITEN Bangi]
[majalah ANIS|majalah IMPIANA|novel|cerpen|puisi|mutiara kata|apa shj yg boleh dibaca]
[See U di IPT|hingga hujung nyawa|kuliah cinta|laila isabella|kl menjerit|cinta luar biasa|malay movies|tentang dia|eiffel..i`m in love|winter sonata|beautiful life|summer snow|windstruck|ing|my little bride|meteor garden|my sassy girl|korea @ japan movies]
[all types of music especially easy listening]

[sutera_84@hotmail.com]
[jessida84@yahoo.com]
[~MŸ MÈMÓRŸ~]


.:::MuTiARa KaTa:::.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuatkan orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Sesungguhnya..dengan hanya sekuntum senyuman mampu menyembunyikan seribu kedukaan..senyumlah demi mengembirakan hati orang lain

Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Inginkan mutiara selamilah lautan.. Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan.. Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan...

PEREMPUAN yang ASLI ialah seorang gadis yang diibaratkan sebagai permata nilam yang sukar ditemui katika ini,walau diselam ke dasar lautan,walau terbang ke pelosok awan,namun hasilnya akan memberikan gambaran bahawa nilai permata itu sukar ditemui..

Tidak dicipta dari tapak kaki untuk dijadikan alas, tidak juga dari kepala untuk disanjung, tetapi dari rusuk kiri, dekat dengan tangan untuk dilindungi, hampir dengan hati untuk disayangi itulah perempuan...

Seseorang yang merasa rindu... Seseorang yang merasa rindu akan sesuatu akan merasa bahagia apabila sesuatu itu belum ada ditangan.Tetapi apabila telah berada ditangan maka hilanglah kerinduan. Kenapa? Indahnya didunia ini apabila sesuatu itu belum ada ditangan.Insyaallah..aku akan berusaha untuk mengubah persepsi ini..

Jangan bermimpi andai kau gentar merealisasi.. Jangan mengharap andai kau takut kecewa.. Jangan mengejar orang yg berlari andai kau hanya mampu berdiri Dan.. Jangan hanya menuding jari tanpa kau cuba untuk mengerti..

Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana Yang SATU, Bertemu Pasti Tak Jemu,Bila Bercinta Kerana Nafsu, Berpisahnya Tak Menentu, Hidup Pasti Jemu.....

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya,kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri...

Jika HATI sejernih air..jangan biar ia KERUH..jika hati seputih AWAN..jangan biar ia MENDUNG..jika hati seindah BULAN..hiasilah ia dengan IMAN..

Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG..seucap JANJI membuat kita percaya..sekecil LUKA membuat kita KECEWA..tetapi..sebuah PERSAHABTAN selamanya BERMAKNA..

Hidup ini penuh dengan variasi... Kadangkala kita perlu berani... Ada masa perlu mendiamkan diri... Mengalah bukan bererti tiada visi... Tetapi kumpul agenda menjana misi...

Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita...

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut..

Setiap orang telah dianugerahkan oleh Allah dengan hati yang bersih. Namun setiap orang juga akan diracuni oleh syaitan dengan benda-benda maksiat.Bagaimankah kita hendak mencegah benda ini dari berlaku? Sebenarnya ia terletak dalam diri kita sendiri...

kasih sayang sesuatu yg abstrak.. terlalu sukar untuk ditafsirkan.. kasih sayang pendorong sebuah kehidupan.. kasih sayang membuatkan manusia bersemangat untuk hidup.. namun kerana kasih juga.. manusia akan tersungkur.. jatuh ke lembah hina.. andainya kasih tanpa dibajai nur keimanan.. andai tersasar dari landasan.. carilah kasih sejati dalam hubungan yang diredhai..


Bila ingin menyayangi...
Diri perlu bersedia untuk disakiti...

get your glitters from Dollielove.com
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




][KeJeLiTaAN ItU][
Kejelitaan itu
Pabila tiba waktu
Adalah daun yang luruh
Adalah buah yang jatuh
Adalah bunga yang layu
Adalah rumput yang lesu
Adalah kayu yang reput
Adalah laut yang surut
Adalah air yang keruh
Adalah kain yang lusuh
Adalah senja yang samar
Adalah bulan yang pudar
Demikianlah kejelitaan itu
Mengingatkan diriku dirimu
Betapa yang ada hari ini
Tidak kekal abadi
Kerana pabila tiba waktunya
Kau, aku dan siapa saja
Akan hilang dan kembali ke asalnya...

][KePaDaMu ILLaHi][
Merenung jauh ke dalam diri ini..
Apakah yang daku cari selama ini?
Seringkali aku hilang haluan diri..
Tatkala mendapat kurniaan ilahi..
Tidak bisa indah untuk aku hargai..
Bila tak dapat apa yang ku hajati..
Ku rasa sebagai satu ketidakadilan..
Ya Ilahi
Tika ini aku mengerti..
Syukur dan rahmatmu di dalam diriku..
Betapa dikau menyangiku..
Memberi rezeki walauku ingakar segala larangan Mu
Tuhanku..
Aku tunduk merendahkan diri kepada MU..
Pada kuasa dah limpah kasih sayangMu..
Kerna dulu tidakku fahami ..
Erti hidup dan tugasku disini..
Ke pada Mu jua
Ku pohonkan keampunan
Lantaran sikap ku yang keterlanjuran..
Doronglah daku ke jalan kebaikan..
Bebaskan daku dari sifat kemunafikan..
Kini..
Kucuba perbaiki diri..
Ku ingin menikmati kemanisan hidup..
Bersama rahmatMu disisi..
Daku tunduk berserah kepadamu ya Ilahi..

][AyAh DaN IbU][
Agar kalian tidak kecewa..
Ku jaga setiap atur langkah..
Ku susun setiap kata bahasa..
Adab sopan berjaga segala..
Tetapi dalam waspada itu pun..
Adakala aku jadi begitu peminta..
Dan sering juga aku membawa rajuk..
Melalui puisi ini ingin aku titipkan..
Ayah ibu maafkanlah aku!
Kerana lidah ini sering tergigit..
Mintaku berlebihan..
Rajukku berpanjangan..
Tetapi hakikatnya..
Kalau sekali hatimu tergores..
Sejuta kali sesalku menghimpit..


PAPA..MAMA..
DAN..
ADEK² YANG TERSAYANG..



|LÌNKS|

.::DaYaH::.
.::HuDa::.
.::YaTmO::.
.::KaK Su::.
.::AiBoB::.
.::EnA::.
.::DeNJuON::.
.::AnIeY::.
.::MaSJoKo::.
.::NoRDiN::.
.::ShIdA::.
.::PuDiN::.
.::YaSiRtAmIzI::.
.::ReNo::.
.::PiNoC::.
.::ZpAh::.
.::YaTiE::.
.::DeE::.
.::PaK NgAh::.
.::LaILi::.
.::AdEk SaI::.
.::SuLtAn MuZaFfAR::.
.::SyUkO UKM::.

][BaLaSaN MeNinGGaLKaN SoLaT][
1. Subuh : Sekali meninggalkannya dimasukkan keneraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60,000 tahun dunia.
2. Zohor : Sekali meninggalkannya dosanya sama sepeti membunuh 1,000 umat islam.
3. Asar : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Makkah)
4. Maghrib : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
5. Isyak : Sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal Dibumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNya.

][YaNg MeStI KiTa LaKuKaN][
Sayangilah orang yang membenci kita..
Pemurahlah pada orang yang bakhil pada kita..
Dan..
Senyumlah pada orang yang menghina kita..
Insyaallah..
Suatu hari nanti..
Mereka akan menjadi seperti mana yang kita kehendaki..

][PeRmAiDaNi-ArIs ArIwAtAn][
Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini


.:::||ÉDÎSÎ MÅKLÙMÅT||=:::.


|Star|
|E-Media|
|Utusan|
|Malay Mail|
|Harian Metro|
|Berita Harian|
|Karangkraf|

|Radio ERA|
|Radio THR|
|Radio Hitz|
|Radio MIX|
|Radio Sinar|

|RTM|
|TV3|
|NTV7|
|TV8|
|Astro|
|Cyberjaya TV|

|GSC|
|TGV|
|Cinema|

|MAMPAN|
|PAHANG|
|Yayasan Pahang|
|Pahang Tourism|
|UNITEN|
|Kazaa|

|Jiwang.org|
|123Greetings|
|Siti Nurhaliza|
|Tokeikedai|
|Alaf 21|
|Virtual Friends|
|Resipi|
|Rojak.org|
|Bluehyppo.Broadband|
|Mesra.net|
|MP3 FiNdEr|
|Sengkarai.com|
|SePaKu.NeT|
|MyUitm.com|
|Raudhah.com|
|Lagu Melayu|
|Lirik Lagu|

|MAS|
|Air Asia|

|DiGi|
|Maxis|
|Celcom|

|YAHOO|
|GOOGLE|
|Hotmail|


[KÅLÅÚ SÚDÍ..VÒTÉ LÉR BLÒG KÒÍ NÍ..KÅLÅÚ TÅK SÚDÍ..SÚDÍ-SÚDÍKÅNLÅH..!!HÉHÉ..KLÍK KÅT BÅWÓH NÍ YÊR]






LULU KU YANG TERSAYANG...marang prapu kepundeng marang skeper bak kate org Marikh..HAK²²..

JaDiLaH BiNTaNg
Bintang..
Nun jauh diangkasa lepas..
Jauh dari pandangan mata kita..
Tinggi tak tergapai tangan..
Dari bumi..bintang sekerdil butir-butir pasir..
Tapi..realitinya..bintang besar..
Seperi kita..zahirnya kita kerdil..tapi jiwa kita sebenarnya besar..
Impian kita sebenarnya setinggi pandangan..
Jadilah bintang..
Dikelilingi ruang yang kelam..gelap..tidak ditemani sesiapa..
Tapi..bintang tetap dapat bersinar..
Menyinari kelam angkasa..
Menghiasi gelap angkasa..
Kelam..gelap angkasa tidak mempengaruhinya..
Seperti kita..kita dikelilingi masyarakat yang asing bagi kita..
Minda dibelit budaya hitam..
Tapi..kita mesti terus hidup dan tangkis segala kehitaman pancaroba..
Bersihkan jiwa..
Teruslah bersinar..menyinari masa yang amat singkat..
Jadilah bintang..
Walaupun kerdil dimata manusia..
Tapi mampu menghiasi dan menyinari angkasa yang kelam..
Jadilah bintang..
Yang selalu berkelip dan menjadi pedoman pelayar..
Seperti kita..jadilah pengajaran kepada generasi yang sesat..
Pulang ke pangkal jalan..
BINTANG..
MAKHLUK ALLAH..DAN AKAN PERGI BILA TIBA MASANYA..
BEGITU JUGA KITA..AKAN PERGI MENGHADAP ALLAH BILA DIPANGGIL...

SAMPAI[KRU]
Sayang..
Apa yang ku katakan..
Apa yang ku rasakan..
Belum pernah dialami..
Demimu segala ku kurniakan..
Susah ku senangkan..
Apa sahaja dipenuhi..
Di hati..
Dan masih lagi engkau bertanya..
Sejauh manakah cinta..
Penjelasan ku sebenar-benarnya..
Sampai..
tubuh tak bernyawa..
Sampai..
ku ke pangkuannya..
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir..
Andai dikurnia syurga..
kan ku tunggu di luarnya..
jika ditanya mengapa?..
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..
Mudahnya sekadar bermadah..
Hingga kau meragui..
Keikhlasan sanubari..
Sedangkan racun pun kan ku telan..
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku..
Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya..
Sedalam manakah cinta?..
Lafaz ikrarku buat selamanya..
Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup..
tanpa dirimu?..
Sedangkan separuhnya di jiwaku..
bersamamu..
Sampai tubuh tak bernyawa..
SAMPAI ku kepangkuannya..
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir..
Andai dikurnia syurga..
Kan ku tunggu di luarnya..
Jika ditanya mengapa..
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh..
Kau sampai padaku..
.



NNeglected
OOld
OOrderly
RRealistic
AAppreciative
WWitty
AAwesome
NNutty
IIdeal
SShiny

Nama Anda:


My Japanese name is KaoruKasuga Nakanishi.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

][Try it !!!][
1) key-in the first 3 digit of your handphone
number(not the 01x number)
into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digit of phone number
6) plus last four digit of phone number again
7) minus 250
8) divide by 2 at last
Is it your handphone number????
AMAZING!!!!!

KAJIAN 25 TAHUN DATO` DR FADZILLAH KAMSAH
KORANG BULAN BERAPE??
JENG..JENG..JENG..

[=JANUARI=]
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

[=FEBRUARI=]
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan
dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

[=MAC=]
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody

[=APRIL=]
sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk)
berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

[=MEI=]
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa
yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

[=JUN=]
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya
tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

[=JULAI=]
sangat seronok didamping
banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
mudah dipujuk dan bercakap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

[=OGOS=]
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

[=SEPTEMBER=]
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik

[=OKTOBER=]
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

[=NOVEMBER=]
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

[=DISEMBER=]
sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
seronok didampingi
suka bercampur dgn org
suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
sangat jujur amanah dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
perangai yg berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan
suka berlawak
pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

ÅNDÅ PÈNGÚNJÚNG KÈ:
Free Web Page Hit Counters


Designed By
-ÅWÅÑÍS-


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Wednesday, November 12, 2008
.::I`m Back::.

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian..

Lame btol tak update blog ni..Last update mase tu umur 21 taun..sekrang dh nak masuk 25 Big Smile..Thanks a lot atas komen-komen anda yg impressive. Sekarang dah keje di Pekan, Phg..Insyaallah..saya akan luangkan masa untuk berkongsi cerita-cerita yang baru dengan anda semua.. 

 

 


Posted at 07:29 pm by jessida84
Make a comment  

Friday, November 11, 2005
.::Solat tak tinggal tapi...::.

Assalamualaikum wbt….

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Di akhirat kelak ketika dihisab, seluruh umat manusia akan dipersoalkan tentang segala perbuatan mereka di dunia. Amalan pertama yg akan dipersoalkan adalah berkaitan dengan solat. Jika sempurna solat seseorang, maka sempurnalah amalannya, dan terus sajalah ia ke syurga. Baiklah, sekarang kita sedar bahawa solat itu kunci(anak kunci) untuk ke syurga, dan memang ramai orang berpegang kuat kpd konsep ini. Buktinya? Lihat sajalah masyarakat sekeliling kita. Rata2 mereka beranggapan bahawa mereka sedang berada di landasan yg betul dalam mencari keredhaan Allah, kerana selama ini mereka tak pernah meninggalkan solat malah selalu ke masjid, puasa Ramadhan, pergi haji, zakat, dan sebagainya.

Ok…ok dat’s good. Baguslah kalau selalu pergi ke masjid, baca al-quran dan sebagainya. Tetapi, yang saya nak bangkitkan di sini ialah perbuatan atau tindakan mereka sesudah melakukan segala macam ibadat yg disebutkan tadi. Adakah hati mereka sentiasa tenang selepas solat, sentiasa mengingati Allah selepas berzikir, serta, sentiasa patuh pada perintah dan larangan Allah selepas selesai membaca al-quran? Adakah mereka sentiasa prihatin terhadap perkara2 maksiat yg sentiasa ada di sekeliling mereka? Dan adakah mereka sendiri terjebak dalam kemaksiatan yang mereka anggap terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan segala macam amalan yang telah mereka dilakukan?

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan mnyesatkan mereka semuanya,” (al-Hijr:39)

Inilah yang nak saya sampaikan sebenarnya; ramai orang melakukan amal kebajikan tetapi dalam masa yang sama, kemaksiatan masih menjadi teman. Tidakkah ini dinamakan sekular? Memisahkan antara agama dan dunia? Bila di tikar sembahyang ingat Allah, tetapi selesai saja solat, sibuk memikirkan hal dunia. Fikirlah, adakah solat yang sebegini layak untuk naik ke langit ke-7 dan diberi ganjaran pahala? Saya serahkan kepada kalian untuk menjawabnya.

Saudara dan saudariku yang dikasihi,

Solat yang diterima oleh Allah itu hanyalah solat yang sempurna. Bukan sahaja sempurna rukunnya (jasad), tetapi juga sempurna isinya (ruh). Tetapi untuk melakukan solat yang sebegitu rupa sebagaimana yang pernah dicontohkan Rasulullah SAW adalah mustahil. Walaubagaimanapun, untuk mencari kesempurnaan dalam solat itu masih wajib. Dan daripada solat yang khusyuk serta ikhlas tadi, maka terbitlah suatu nikmat yang tak dpt dijual beli iaitu keimanan dan ketaqwaan, yang mana hanya hadir dalam hati2 yang bersih. Dan hati-hati yang bersih ini akan dibawa ke mana2 seandainya para pemiliknya benar2 merasai dan menghargai nikmat itu. Maka sekiranya hati2 yang bersih ini dibawa ke mana2, mereka akan mudah untuk membezakan antara ma’ruf dan mungkar, dan seterusnya menghindari perbuatan mungkar akibat kebencian hati2 yang bersih ini terhadap kemungkaran itu. Malah, sehingga ke satu tahap, hati2 ini akan memberontak dan cuba untuk menghapuskan kemungkaran itu sama ada dengan tangan ataupun lidah pemiliknya.


“…Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”

(al-‘ankabuut:45)

Namun, ramai orang yang masih bermaksiat kpd Allah SWT walaupun solatnya cukup lima waktu, malah ada antaranya yang ‘kaki’ masjid atau surau. Mengapa hal ini masih berlaku sedangkan ayat itu adalah ayat penyata? Adakah ayat Allah SWT tidak boleh dipakai ke atas setiap orang sehingga membolehkan mereka melakukan maksiat walaupun sudah bersolat? Jawapannya mudah saja saudara dan saudari, hal ini disebabkan oleh solat yang mereka dirikan itu tidak sempurna dan/atau tidak diterima Allah SWT. Mereka tidak solat atas dasar cinta kpd Allah, tetapi atas dasar rutin harian, budaya, ikut-ikutan ataupun malu kpd manusia sekeliling (jika tak solat).


Saudara dan saudariku yang dikasihi,

Saya menyeru kpd diri sendiri dan kpd kalian agar mempertingkatkan rasa cinta kita terhadap Allah SWT kerana Allah SWT sentiasa menunggu2 utk membalas cinta hamba-Nya. Dan cinta Allah itu sajalah cinta yg hakiki, tiada cinta yg lebih agung drp cinta Allah, termasuklah cinta Hang Tuah dgn Puteri Gunung Ledang. Selangkah kita kpd-Nya, sepuluh langkah Dia kpd kita, malah mungkin lebih drp itu. Sekali kita beramal, 10 kali ia digandakan tetapi bila sekali kita melakukan dosa, sekali saja yg dikira, malah diberi pula peluang untuk bertaubat. Subhanallah~ Sebegitu indah cinta Allah SWT ini, mengapa hendak kita lepaskan? Mampukan sebuah kereta Porche yg berjuta ringgit itu mampu memberi cinta sehebat itu? Mampukah satu set telefon bimbit Nokia yg harganya beribu ringgit itu memberi kepuasan abadi dlm kehidupan kita? Kalau jawapan kalian ‘Ya, Porche mmg menjadi idaman setiap jejaka dan saya sungguh bertuah kerana dpt membelinya dgn titik peluh saya sendiri !’; atau ‘Ya, handset dpt menceriakan kehidupan saya, dan saya sentiasa mahukan teknologi terkini !’, saya nasihatkan supaya berimanlah dgn ayat di bawah ini:


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” (ali-imran:14)


Ingatlah bahawa itu semua hanyalah permainan syaitan. Ingatlah juga tujuan kita hidup di bumi Allah SWT yang sementara ini. Kalaulah tidak untuk menegakkan syiar Islam agar Islam kembali diamalkan sepenuhnya di serata dunia, kalaulah tidak untuk meletakkan kembali Islam di kedudukan yang termulia, dan kalaulah tidak untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka ternyatalah tujuan hidup kita sudah terpesong. Tak usah mengakulah Islam kalau jiwa dan tindakan kita seolah-olah merelakan Islam untuk tidak diamalkan sepenuhnya oleh orang Islam sendiri dan merelakan Islam dipandang hina oleh orang kafir.


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta.”

(al-‘ankabuut: 2 & 3)


Sahabat dan sahabiah yg dikasihi,

Anggaplah semua yg ada di hadapan kita ini sebagai ujian drp Allah SWT. Maka berhati-hatilah sebelum melakukan sesuatu agar tidak disesatkan oleh syaitan si laknat. Mudah-mudahan kita mampu menangkis godaan syaitan yg tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan fikrah (konsep pemikiran) sesatnya.


Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).”

(al-a’raaf: 16 & 17)


Sekian dahulu buat masa ini, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Mudah-mudahan dapat memberi kesan kepada hati kita, insya-Allah. Salah dan silap harap dimaafkan dan ditegur. Wassalamualaikum wbt…

Regards,

Hanafi Bin Ab Kadir

Student, UTP.



Posted at 01:44 am by jessida84
 

.::Bagaimana cemerlang dengan Berdoa??::.

Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.” Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.” Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”

Adab-Adab Berdoa

Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah. Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis nabi, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk. Dalam surah Al-A’raf ayat 55 Allah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.”

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, “Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).”

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.”

5. Tidak tergesa-gesa. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah kerana Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan.”

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis nabi.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”

Punca Doa Tertolak

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah itu suci bersih dan Allah tidak menerima kecuali yang suci bersih jua. Dan sesungguhnya Allah mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’

Allah juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’ Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?” Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah.

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata,

“Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.” (Dari buku 'Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)


Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,Penulis 8 buah buku, Kolumnis Majalah i,Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institusi

 


Posted at 01:39 am by jessida84
Make a comment  

.::Jangan menipu Allah swt dgn tudung::.

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk meyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka.

Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.

Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...


Posted at 01:31 am by jessida84
Make a comment  

.::Hakikat Rumahtangga::.

Isteri ~ apabila marah dan bengang dengan suami, sering berkata.."menyampah.." Walhal yang dia menyampah itulah yang tidur disebelahnya hari-hari.

Suami ~ apabila isteri berleter boleh angkat kaki, terus keluar rumah. Tetapi di ofis, apabila bos berleter..tidak pula angkat kaki terus keluar ofis..

Isteri ~ apabila suaminya segak bergaya dan pakai lawa-lawa..kata nak menggatal dan nak cari pompuan lain...Walhal dirinya sendiri tak pandai nak melawa..dok kata orang...

Suami ~ apabila balik ofis, isteri tak sediakan kopi dah merajuk...walhal kat ofis..pandai plak buat kopi sendiri...

Isteri ~ apabila suami terima sms dari orang pompuan dan dibacanya mesej cintan cintun...dah kata suami ada pompuan lain...walhal yang pos sms tu..tersilap tuju...cemburu melulu...

Suami ~ apabila terima call atau sms dari kawan pompuan...boleh plak turunkan volume...kalo isteri yang call...bercakap..seolah isteri tu pekak...

Isteri ~ apabila suami pulang lewat...dah syak wasangka bertimbun-timbun...syaitan yang dok kasi mesej kat telinga..punya lee happy sakan..sorak reramai..berjaya hangatkan lagi hati isteri...tunggu nak declare perang...walhal..kereta suami rosak...

Suami ~ apabila isteri bergaya sikit...dah kata..isteri nak melawa untuk lelaki lain ngengok...walhal bila isteri bergaya cantik...orang puji nama dia gak..."cantiknya..isteri si Rahim tuuuu...." suami yang dapat nama...


Posted at 01:16 am by jessida84
Make a comment  

.::Ahli ibadah dengan pelacur yang cantik jelita::.

...l-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.


Posted at 01:10 am by jessida84
Make a comment  

.::Jasa Di dunia Anugerah di akhirat::.

1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka

9. Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10. Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang


Posted at 01:04 am by jessida84
 

Tuesday, November 08, 2005
.::Adam..pimpinlah aku..Hawa..::.

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yg kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya daripada tulang rusukmu yg bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan krn aku buruan syaitan.

Adam! Maha Suci ALLAH yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya pd akhir zaman.Itulah ketelitian ALLAH dlm urusanNYA.Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dgn darah dan kacau-bilaulah suasana.Adam sama Adam bermusuhan krn Hawa.Buktinya,peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu-cicitnya.Jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pd satu masa.

Adam! Bukan krn ramainya isterimu yg membimbangkan kau.Atau sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku.Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu.Sejak dulu lagi aku sudah tahu bhw aku mesti tunduk apabila menjadi isterimu.Namun,terasa berat pula untukku menyatakan isi hati.

Adam! Aku tahu,al-Quran ada menyatakan kaum Adam memimpin kaum Hawa.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dlm redha ALLAH.Tapi,aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu.Menyimpang dari jalan yg telah disyariatkan.ALLAH perintah aku tinggal di rumah.Bukan berjalan-jalan di pasar atau di bandar sewenang-wenangnya.Jika keluar pun,seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat.Tapi,ramai Hawa yg melanggar batas-batas itu.

Adam! Mengapa engkau biarkan aku begini? Aku jadi ibu.Jadi guru.Menjaga dan didik anak-anakmu.Waktu yg sama aku mengurus dan mentadbir negara.Ke hutan memikul senjata.Padahal,kau duduk saja.Ada di antara kaummu yg menganggur.Kau tidak seperti dulu lagi.Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?

Adam! Marahkan kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong,maka Adam patut tanggung!” Mengapa begitu Adam? Ornag kata, “Jika anak jahat emak bapa tak pandai didik.Jika murid bodoh,guru tak tahu mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil.Tak mahu dengar kata.Tak mudah makan nasihat.Kepala batu.” Pada hematku yg dhaif ini Adam,seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isteri baginda? Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?

Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum.Aku pengikutmu dan kau ketuaku.Jika kau benar, maka baiklah aku.Jika kau lalai,aku juga lalai.Kau punyai kelebihan akal,aku pula kelebihan nafsu.Akalmu sembilan,nafsumu satu.Aku! Akalku satu nafsuku beribu.Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian.Aku sering tergelincir krn dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah aku menghayati kalimah suci ALLAH.Perdengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar tenang hidupku.Hembuskan roh jihad ke dlm hatiku agar aku menjadi mejahidah,kekasih ALLAH.

Adam! Andainya aku masih lalai krn sikapmu sendiri.Segan menuruti langkah para sahabat.Masih gentar mencegah mungkar.Maka,tunggu dan lihat,saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yg memerintah.Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Labih teruk lagi,engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yg kau Agongkan.


Posted at 02:22 am by jessida84
 

.::Ambillah waktu untuk......::.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.


Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;
Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.


Posted at 02:14 am by jessida84
Make a comment  

.::Muslimah hari esok::.

Muslimah hari esok…

Muslimah yang dikasihi…
Pelihara auratmu walau di mana kau berada dan jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan Mahrammu…

Muslimah yang dikasihi…
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah moga – moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari syurga Ainul Mardhiyah…

Muslimah yang dikasihi…
Berakhlaklah dengan panduan dari Rasulmu. Contohi dan ikuti pastinya engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu…

Muslimah yang dikasihi…
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al Quran panduan hidupmu. Hadith jadi sumber rujukanmu…

Muslimah yang dikasihi…
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada, moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga…

Muslimah yang dikasihi…
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu…kasihi Tuhanmu…redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu Sayangku…kelak satu hari nanti ada Insan yang menantimu berkat kasihmu pada Allah yang satu…pasti itulah Insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah…Moga bertambahlah Redha Allah padamu…melimpah kasihNya padamu…kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu…


Posted at 02:10 am by jessida84
Make a comment  

Next Page